dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Piasau, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kursus Pendigital Usahawan Atau Agrobazaar Online FAMA Dan Taklimat Payment

24 Februari 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 23/02/2023, Pihak PEDi Piasau Utara telah mengadakan slot advokasi KDB Bersama pihak FAMA Miri dan peserta kursus pendigital usahawan@agrobazaar online FAMA Miri. Bahagian Pemasaran Digital diwujudkan adalah berperanan dalam membantu memasarkan dan menyediakan luang pasaran digital bagi produk agro makanan menerusi platform Agrobazaar Online dan platform e-dagang yang lain melalui Agrobazaar Malaysia E-Mall.

Objektif utama kursus online ini diadakan adalah bertujuan untuk meningkatkan pendapatan usahawan agro makanan melalui luang pasaran digital yang diterokai, meningkatkan penggunaan platform e-dagang dikalangan usahawan agro makanan dalam memasarkan produk keluaran mereka dan mendidik usahawan supaya lebih peka dengan perkembangan teknologi dan pendigitalan pada masa kini.

Perkhidmatan Yang Ditawarkan adalah seperti berikut:

  • Pendaftaran usahawan agro makanan dalam portal Agrobazaar Online
  • Pemasaran produk agro makanan di dalam portal Agrobazaar Online dan Agrobazaar E-Mall melalui platform e-dagang yang lain.
  • Latihan / kursus / bengkel berkaitan luang pasaran digital dan pemasaran produk pertanian dan industri makanan secara dalam talian

Seramai 15 orang peserta dan 3 orang pegawai daripada Pihak FAMA Miri dan kursus ini mengambil masa 5 jam.

Terdiri daripada golongan pelajar sekolah. Slot ini mengambil masa 3 jam.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.