dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Piasau, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Maklumat Komuniti

Piasau Utara merupakan kependudukan yang terletak dalam kawasan sebelah utara Piasau Miri. Ianya juga dikenali sebagai Kampung Piasau Utara kerana kawasan ini adalah merupakan kawasan penempatan semula kawasan setinggan kampung tepi air kawasan bandar Miri pada masa dahulu. Usaha penempatan semula ini oleh kerajaan tempatan pada masa dulu telah memberi perubahan kepada sosio-ekonomi masyarakat kampung Piasau Utara kepada yang lebih berdaya saing dan tersusun.

Secara amnya, majoriti penduduk di kawasan Piasau Utara adalah berbangsa Melanau dan selainnya adalah Melayu, Iban dan lain-lain. Kegiatan perekonomian utama penduduk kampung Piasau Utara adalah Nelayan, peniaga kecil-kecilan, dan selebihnya adalah bekerja di sektor kerajaan dan sektor swasta. Tidak hairanlah, Piasau Utara dikenali oleh kebanyakan penduduk di seluruh kawasan Miri kerana kawasan ini adalah merupakan tempat tumpuan penduduk kawasan Miri untuk mendapatkan sumber hasil laut yang segar dan berpatutan dari segi kualiti dan harganya. Memandangkan kawasan Piasau Utara berdekatan dengan kawasan perindustrian Piasau, maka kebanyakan penduduk bekerja di syarikat-syarikat berdekatan dengan kawasan tempat tinggal mereka. Berikut adalah merupakan pemimpin Kampung Piasau Utara, Ahli Dewan Undangan Negeri N.63 Piasau dan Ahli Parlimen P.219 Miri:

Ketua Kaum Kampung Piasau Utara


Encik Rosli Bagat @ Yusuf ialah Ketua Kaum (Ketua Kampung) yang dilantik untuk Kampung Piasau Utara, Miri, Sarawak. Beliau menerima sijil pelantikan rasmi pada awal Jun 2026 yang disampaikan oleh Datuk Bandar Miri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut, Adam Yii Siew Sang. Peranan beliau adalah sebagai penghubung utama antara masyarakat kampung dan kerajaan, serta memastikan kelancaran pentadbiran komuniti setempat.

Wakil Rakyat Ahli Dewan Undangan Negeri


Nama: YB Encik Adam Yii Siew Sang
Wakil Ahli Dewan Undangan Negeri: N.74 PUJUT

Wakil Rakyat Ahli Parlimen Miri


Nama: YB Tuan Chiew Choon Man
Wakil Ahli Parlimen Miri: P219

© Semua Hakcipta Terpelihara.