dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Piasau, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Entrepereneur - Permohonan Geran Modal Pemerkasaan Wanita

11 September 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 10/9/2023, Pihak PEDi Piasau Utara telah mengadakan sesi permohonan terbuka kepada usahawan Wanita yang ingin membuat permohonan geran modal pemerkasaan Wanita Sarawak. Geran Modal Pemerkasaan Wanita Sarawak adalah salah satu daripada bantuan Kerajaan Sarawak untuk golongan sasar iaitu usahawan wanita Sarawak dalam kelompok B40 khususnya.

Kepada wanita di Negeri Sarawak yang ingin memulakan perniagaan atau sedang berniaga, ada boleh cuba membuat permohonan Geran Modal Pemerkasaan Wanita Sarawak JWKS. Bantuan ini juga boleh dimohon bagi wanita yang belum ada lesen perniagaan. Disini kami akan kongsikan kepada anda, semoga membantu.

KADAR BANTUAN GERAN MODAL

Berikut adalah merupakan kadar bantuan yang diberikan dalam bentuk Geran Modal yang berbentuk peralatan perniagaan berjumlah Ringgit Malaysia Dua Ribu (RM2,000) sahaja untuk seorang penerima (one-off) yang layak. Bentuk geran modal yang boleh dipohon oleh peserta adalah peralatan perniagaan dalam bidang seperti berikut:

  • Makanan & minuman (contoh: stall, oven, deep fryer, balang air, set dome katering
  • Jahitan (contoh: mesin jahit, seterika, lightbox table
  • Kecantikan (contoh: makeup kit, makeup artist chair, hair salon utility cart)
  • Spa & urut (contoh: katil spa, sauna steamer, manicure & pedicure chair
  • Fotografi & Videografi (contoh: kamera, printer, lighting equipment
  • Runcit (contoh: freezer, mesin layan diri, penimbang, mesin daftar tunai)

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.