dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Piasau, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

KELAS ICT- Multimedia

21 Februari 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 20/02/2024, Pihak NaDi Piasau Utara telah mengadakan kelas ICT multimedia bersama pelajar sekolah. Kelas ini diadakan pada 10.00 pagi dan berakhir jam 12.00 tengah hari. Pada sesi awal kelas ini pihak NaDi memberi penjelasan asas tentang ap aitu multimedia. Secara ringkas nya pengajar NaDi menerangkan tentang sejarah perkembangan multimedia, definisi multimedia, ciri-ciri penting multimedia dan kesannya kepada industri digital. Namun begiru, pihak NaDi lebih menekankan kepentingan multimedia dalam aspek Pendidikan kerana semua peserta terdiri dari kalangan pelajar sekolah.

Bidang pendidikan dilihat sebagai suatu bidang yang paling layak untuk menggunakan teknologi multimedia. Komputer multimedia boleh menggabungkan animasi, video dan audio bersama-sama teks dan grafik, serta berkeupayaan untuk melaksanakan interaktiviti yang membolehkan proses pembelajaran dan pengajaran dilakukan dengan lebih berkesan. Dengan sistem multimedia, pihak pengajar boleh mengesan prestasi pelajar dengan memperolehi laporan setiap kali pelajar menggunakan bahan tersebut. Pendidikan juga boleh berlaku dirumah. Program pendidikan jarak jauh juga boleh dilaksanakan oleh institusi-institusi pengajian tinggi untuk menggalakkan lebih ramai lagi rakyat mempunyai ijazah diperingkat lebih tinggi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2025 Semua Hakcipta Terpelihara.