Program Perkhidmatan Pintar Nadi Kluster Miri&Subis
10 November 2024 | Aktiviti TerkiniPada 09/11/2024 bersamaan dengan hari Sabtu, Pihak NADI Piasau bersama-sama dengan NADI yang ada di kluster Miri serta Subis telah menganjurkan program perkhidmatan pintar bertempat di NADI kampung Luak. Program ini telah berlangsung pada jam 8 pagi dan selesai kira-kira jam 4.30 petang. Seramai lebih kurang 62 peserta dari kalangan usahawan komuniti telah mengambil bahagian dalam program ini. Didalam program ini juga, pihak NADI telah memperkenalkan program perkhidmatan pintar yang terdapat di NADI.
Para peserta dan komuniti setempat digalakkan untuk menyertai setiap aktiviti ataupun Latihan yang dianjurkan oleh NADI. Antara perkhidmatan yang dijalankan pada program ini adalah slot nadi x kesejahteraan kendiri, bengkel ekelas usahawan,ekelas Maxis Dilea, esg ewaste awareness, s.a.f.e & s.h.i.e.l.d dan juga pendaftaran MYdigital ID.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: