dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Piasau, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

E-Learning Latihan Sains (Pengenalan kepada Penyiasatan Saintifik)

4 Mac 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 03/03/2024 bersamaan dengan hari ahad, Pihak NADI Piasau Utara telah mengadakan kelas matapelajaran sains kepada pelajar sekolah yang datang. Sub topik pembelajaran pada kali ini adalah pengenalan kepada penyiasatan sainstifik tahap pelajar sekolah menengah dan rendah. Pada sesi ini, pengajar NADI memberi tunjuk ajar tentang kaedah sistematik yang digunakan bagi menyelesaikan masalah dalam sains. Kaedah ini mempunyai beberapa langkah penting bagi membolehkan sesuatu permasalahan itu diselesaikan atau dijelaskan dengan kaedah yang betul. Pengajar juga menekankan aspek dari segi membezakan setiap kemahiran proses sains, membuat urutan langkah dalam menjalankan penyiasatan saintifik mengikut urutan yang betul serta menjalankan satu penyiasatan saintifik bagi menyelesaikan satu masalah yang mudah.

Para pelajar sangat seronok kerana dapat belajar dalam kelas sains ini kerana dapat menarik minat dan bersifat ingin tahu tentang alam sekeliling sentiasa bersikap jujur. Selain itu, tepat dalam merekod dan mengesahkan data serta sentiasa bertanggungjawab terhadap keselamatan diri dan rakan serta terhadap alam sekitar. Kelas ini berlangsung selama 2 jam bermula pada jam 11 pagi sehingga jam 1 petang. Akhir dari latihan ini para pelajar dapat menimba pengalaman yang baru serta menajamkan lagi ilmu sains mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.