Program Pertandingan Reka Bentuk Poster Digital (Tajuk Buli Siber)
16 Mac 2025 | Aktiviti TerkiniPada 15/03/2025 bersamaan dengan hari Sabtu. 2 orang peserta sekolah rendah mengambil bahagian dalam pertandingan mereka bentuk poster dimana tajuk yang diberikan oleh pihak penganjur adalah siber buli. Mereka menggunakan aplikasi Canva dalam mereka bentuk poster ini. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai isu buli siber melalui penyampaian mesej kreatif dalam bentuk poster digital khususnya kepada kanak-kanak. Selain itu, ia juga memberi peluang kepada peserta untuk mengasah kemahiran reka bentuk grafik serta mempromosikan penggunaan teknologi secara positif.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: