Program Kelas Mentor Tiny Techies Sekolah Menengah
17 Mac 2025 | Aktiviti TerkiniPada 16/03/2025 bersamaan dengan hari Ahad pada jam 10 pagi hingga 12 tengah hari. 2 orang peserta Sekolah Menengah telah menyertai program mentor Tiny Techies dimana kelas ini mempelajari tentang Microbit. Kelas ini telah berlangsung serentak di setiap NADI seluruh Malaysia dimana pembelajaran secara langsung melalui webinar dijalankan agar semua peserta dapat mengambil bahagian dalam program ini. Peserta diperkenalkan kepada asas pengaturcaraan menggunakan Microbit memahami fungsinya, cara menulis kod dengan Microsoft MakeCode, bagi membina kemahiran digital dan kreativiti dalam suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Peserta diminta membaca dan menonton video sebelum menjawab kuiz yang disediakan. Peserta akan mendapat sijil apabila berjaya menyelesaikan kesemua modul Microbit.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: