Sesi Webinar Nadi Nurture Ekelas Usahawan - Gunakan Ai Untuk Mencipta Kandungan Yang Menarik & Pantas!
19 Jun 2025 | Aktiviti TerkiniPada 18/06/2025 bersamaan dengan hari Rabu, jam 10 pagi telah berlangsung sesi webinar NADI Ekelas usahawan yang mempelajari tentang ilmu pembelajaran AI untuk mencipta kandungan menarik dan pantas. Selain itu peserta dapat belajar cara menggunakan AI untuk cipta kandungan Alat dan juga mengetahui platform AI terbaik untuk usahawan. Program eKelas Usahawan adalah sebuah program komuniti yang dibawakan untuk membantu usahawan tempatan mengembangkan pengunaan digital perniagaan mereka. Modul yang ditawarkan dalam program eKelas Usahawan termasuk strategi pemasaran digital dan penciptaan kandungan. Sertai kami untuk webinar eKelas Usahawan yang dibawakan khas untuk usahawan tempatan secara percuma.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: