Sesi Taklimat Kepada Komuniti Madani Tentang Memahami Risiko Siber Dalam Permainan Online Anak
22 Jun 2025 | Aktiviti TerkiniPada 21/06/2025 bersamaan dengan hari Sabtu, telah berlangsung kelas kesedaran siber. Webinar cybersecurity ini bertujuan untuk memberi pendedahan asas kepada komuniti mengenai kepentingan keselamatan siber dalam dunia digital masa kini. Peserta diberi taklimat memahami risiko siber dalam permainan online anak-anak dimana staff NADI menerangkan jenis-jenis ancaman siber. Seterusnya menjelaskan kesan negatif permainan online terhadap kesihatan mental, akademik dan sosial anak-anak jika tidak dikawal, memberikan panduan praktikal untuk ibu bapa dalam memantau dan mengawal aktiviti permainan dalam talian anak-anak dan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan literasi digital dalam kalangan ibu bapa untuk melindungi anak daripada eksploitasi siber. Taklimat bermula pada jam 11.30 pagi sehingga 12.00 tengahari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: