Nadi X Mahir (Forum Bersama Komuniti Nadi Mahir)
27 Jun 2025 | Aktiviti TerkiniPada 26/06/2025 bersamaan dengan hari Khamis, jam 11 pagi NADI Piasau utara telah menyertai forum NADI Mahir yang dianjurkan oleh SSO Mahir dibawah pembelajaran sepanjang hayat. Forum ini serentak disertai oleh komuniti dari negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan yang berminat untuk menjadi peserta pengambilan Mahir musim kedua. Antara yang dibincangkan dalam forum ini adalah mengenai pembelajaran subjek Mahir Masak, Jahitan, Fotografi, Membaiki Gajet dan juga kelas pertanian pintar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: