NADI X WELLBEING: SARINGAN AWAL KESIHATAN KEPADA KOMUNITI YANG HADIR KE NADI
3 Ogos 2025 | Aktiviti TerkiniPada 02/08/2025 bersamaan dengan hari Sabtu, petugas mengambil kesempatan untuk membuat saringan kesihatan kendiri pusat NADI Piasau. Tujuan utama saringan kesihatan ini dibuat agar kesemua komuniti yang hadir dapat menyemak tahap kesihatan masing-masing. Dengan alatan yang telah disediakan oleh NADI, ianya dapat membantu komuniti untuk melihat tahap kesihatan mereka seperti menyemak tahap tekanan darah tinggi, kadar gula dalam badan serta ukuran BMI mereka. Petugas NADI juga turut memberi penerangan tentang pentingnya pencegahan penyakit dan cara-cara mengurangkan risiko penyakit melalui gaya hidup sihat, pemakanan seimbang, dan senaman. Dengan itu pihak NADI Piasau mengalu-alukan kehadiran komuniti setempat datang ke pusat NADI yang terdekat dengan komuniti kerana ianya percuma.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: