PROGRAM KEMPEN INTERNET SELAMAT (KIS) DI SEKOLAH KEBANGSAAN PULAU MELAYU, MIRI
7 Ogos 2025 | Aktiviti TerkiniPada 06/08/2025 bersamaan dengan hari Jumaat. NADI Piasau Utara bersama-sama dengan NADI yang ada di kluster Miri-Subis dan diundang oleh pihak MCMC bahagian Miri telah membuat program KIS di SK Pulau Melayu Miri. Program ini dilaksanakan mengguna pakai modul pelajar sekolah rendah 7-9 dan 10-12 tahun dengan penyertaan seramai 180 pelajar.
Objektif modul ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada pelajar berkenaan keselamatan Internet termasuk risiko yang dihadapi, tanggungjawab terhadap diri sendiri dan pengguna Internet yang lain serta kesan jangka panjang penggunaan Internet. Selain itu, pelajar juga diharap dapat mengaplikasikan kemahiran berfikir secara kritikal dan empati untuk membuat keputusan yang selamat dan bertanggungjawab ketika berinteraksi di Internet.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: