PROGRAM KEMPEN INTERNET SELAMAT (KIS) DI SEKOLAH KEBANGSAAN, JALAN BINTANG, MIRI
23 Ogos 2025 | Aktiviti TerkiniPada 22/08/2025 bersamaan dengan hari Jumaat. MCMC Cawangan Miri (MBO), dengan kerjasama Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kluster Miri, telah meneruskan pelaksanaan Program Kempen Internet Selamat (KIS) di Sekolah Kebangsaan Jalan Bintang, Miri. Objektif Program ialah meningkatkan kefahaman murid tentang penggunaan internet secara selamat dan beretika. Memupuk kesedaran mengenai had umur yang sesuai dalam penggunaan media sosial. Mendedahkan murid kepada risiko dalam talian seperti perkongsian maklumat secara berlebihan dan buli siber. Seramai 160 orang pelajar tahun 6 telah menyertai program ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: