SESI KELAS MAHIR JAHIT
11 April 2025 | Aktiviti TerkiniPada 10/04/2025 bersamaan dengan hari khamis, telah berlangsung kelas MAHIR Jahit. Antara topik yang dipelajari adalah jahitan asas tangan dan juga mengenali jenis mesin jahit. Peserta sebaik mungkin menggunakan masa ini untuk bertanya kepada pengajar dalam menimba ilmu jahitan baik itu pengenalan alatan jahit mahupun rekaan pakaian yang boleh digubah menggunakan alatan jahit. Kelas ini telah berlangsung selama 1 jam bermula jam 9.30 dan selesai pada jam 10.30 pagi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: