SESI KELAS MAHIR JAHIT
20 April 2025 | Aktiviti TerkiniPada 19/04/2025 bersamaan dengan hari Sabtu, telah berlangsung kelas MAHIR Jahit. Kelas ini disertai oleh tiga orang peserta. Pada minggu ke 9 mereka mempelajari topik minggu 9 memotong kurung moden & skirt duyung. Pada akhir modul ini, mereka akan mempraktikkan cara membuat tanda basi pada fabrik dan memotong fabrik. Peserta juga akan didedahkan kepada cara menggunakan alatan menanda,menggunting dan mengukur.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: