TAKLIMAT NADI TENTANG CYBERSECURITY: ANCAMAN KAMERA TERSEMBUNYI
19 Disember 2025 | Aktiviti TerkiniMelalui webinar bertajuk “Ancaman Kamera Tersembunyi: Apa Yang Anda Perlu Tahu”, peserta akan mempelajari apakah sebenarnya kamera tersembunyi, bagaimana teknologi ini berfungsi serta mengapa ia sering disalahgunakan untuk tujuan mengintip dan merakam tanpa kebenaran. Webinar ini akan menerangkan jenis-jenis kamera yang biasa digunakan, termasuk kaedah penyamaran seperti dalam pengecas telefon, alat pengesan asap, jam digital atau peralatan elektronik kecil yang sukar dikesan.Webinar ini bermula pada jam 3 petang dan berakhir pada jam 4.30 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: