Sesi Kelas MAHIR Jahit
8 Februari 2025 | Aktiviti TerkiniPada 07/2/2025 bersamaan dengan hari Jumaat, telah berlangsung kelas MAHIR Jahit. Kelas ini disertai oleh seorang peserta yang berminat mengikuti kursus ini pada kelas hari jumaat. Peserta sebaik mungkin menggunakan masa ini untuk bertanya kepada pengajar dalam menimba ilmu jahitan baik itu pengenalan alatan jahit mahupun rekaan pakaian yang boleh digubah menggunakan alatan jahit. Kelas ini telah berlangsung pada jam 2.30 petang selama 1 jam.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: