NADI X WELLBEING: SARINGAN AWAL KESIHATAN KEPADA KOMUNITI YANG HADIR SEMPENA PROGRAM JIWA KOMUNITI MADANI
13 Julai 2025 | Aktiviti TerkiniPada 12/07/2025 bersamaan dengan hari Sabtu, petugas mengambil kesempatan untuk membuat saringan kesihatan kepada komunti yang hadir semasa program JIWA komuniti MADANI yang dianjurkan oleh pihak Jabatan Penerangan Miri di Pusat Persatuan Wanita Sarawak daerah Miri. Tujuan utama saringan kesihatan ini dibuat agar kesemua komuniti yang hadir dapat menyemak tahap kesihatan masing-masing. Dengan alatan yang telah disediakan oleh NADI, ianya dapat membantu komuniti untuk melihat tahap Kesihatan mereka seperti menyemak tahap tekanan darah tinggi, kadar gula dalam badan serta ukuran BMI mereka. Petugas NADI juga turut memberi penerangan tentang pentingnya pencegahan penyakit dan cara-cara mengurangkan risiko penyakit melalui gaya hidup sihat, pemakanan seimbang, dan senaman.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: