NADI X WELLBEING: SARINGAN AWAL KESIHATAN KEPADA KOMUNITI YANG HADIR DI NADI PIASAU UTARA
17 Julai 2025 | Aktiviti TerkiniPada 16/07/2025 bersamaan dengan hari Rabu, petugas mengambil kesempatan untuk membuat saringan kesihatan kepada komunti yang hadir ke pusat NADI Piasau. Tujuan utama saringan kesihatan ini dibuat agar kesemua komuniti yang hadir dapat menyemak tahap kesihatan masing-masing. Dengan alatan yang telah disediakan oleh NADI, ianya dapat membantu komuniti untuk melihat tahap Kesihatan mereka seperti menyemak tahap tekanan darah tinggi, kadar gula dalam badan serta ukuran BMI mereka. Petugas NADI juga turut memberi penerangan tentang pentingnya pencegahan penyakit dan cara-cara mengurangkan risiko penyakit melalui gaya hidup sihat, pemakanan seimbang, dan senaman.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: