PROGRAM KEMPEN INTERNET SELAMAT (KIS) DI SEKOLAH KEBANGSAAN PUJUT CORNER, MIRI
19 Julai 2025 | Aktiviti TerkiniPada 18/07/2025 bersamaan dengan hari Jumaat. NADI Piasau Utara bersama-sama dengan NADI yang ada di kluster Miri-Subis dan diundang oleh pihak MCMC bahagian Miri telah membuat program KIS di SK Pujut Corner Miri. Kempen Internet Selamat: Modul Sekolah Rendah (10–12 tahun) dan (7-9 tahun). Jumlah pelajar yang mengikuti 2 modul ini seramai 800 orang pelajar Mereka dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan mengikuti lima pelajaran utama secara bergilir. Modul ini menekankan penggunaan internet secara positif, had umur penggunaan media sosial, serta kesedaran tentang risiko dalam talian. Antara aktiviti alternatif yang sesuai untuk murid, dan memberi pendedahan tentang perkhidmatan digital di pusat NADI bagi manfaat komuniti setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: