PROGRAM BAKTI MADANI MIRI 2025
10 Mei 2025 | Aktiviti TerkiniPada 09/05/2025 bersamaan dengan hari Jumaat, petugas NADI Piasau telah membantu menjayakan “Kempen Internet Selamat” bersama Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) Cawangan Miri dengan membuat pameran tentang advokasi internet selamat kepada pengunjung yang hadir. Pameran ini berlangsung selama 3 hari program Bakti Madani Miri. Antara pengisian menarik yang menanti anda:
- Pameran Perkhidmatan & Kerjaya
- Karnival Usahawan RECODA
- Jualan Rahmah MADANI
- Saringan Kesihatan Percuma
- Cabutan Bertuah
- Pocket Talk & pelbagai aktiviti menarik
- Konsert Rakyat – 10 Mei 2025 (Sabtu), jam 8 malam
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: