SESI TAKLIMAT ATAS TALIAN WEBINAR PERLINDUNGAN SIBER DAN ANCAMAN PENGGODAM
10 Mei 2025 | Aktiviti TerkiniPada 10/05/2025 bersamaan dengan hari Sabtu, telah berlangsung kelas kesedaran siber. Webinar cybersecurity ini bertujuan untuk memberi pendedahan asas kepada peserta mengenai kepentingan keselamatan siber dalam dunia digital masa kini. Seterusnya, memberi kefahaman bahawa setiap individu memainkan peranan penting dalam melindungi data dan maklumat organisasi. Penceramah berkongsi panduan penting berkaitan perlindungan siber serta mendedahkan pelbagai ancaman penggodam yang wujud dalam dunia digital.
Sesi soal jawab yang membolehkan peserta bertanya soalan, berkongsi pengalaman, dan berhubung terus dengan penceramah untuk memahami isu keselamatan siber dengan lebih jelas. Webinar ini bermula pada jam 10.00 pagi sehingga 11.00 pagi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: