PROGRAM BERSAMA NADI PIASAU UTARA X KOMUNITI MADANI
18 Mei 2025 | Aktiviti TerkiniPada 17/05/2025 bersamaan dengan hari Sabtu, jam 11 pagi NADI Piasau utara telah mengadakan program bersama Komuniti Madani Piasau Utara, Piasau Jaya dan juga Pujut Adong dengan Kerjasama dari pihak JAPEN bahagian Miri. Pada sesi kali ini, program dimulakan dengan sesi pendaftaran Mydigital Id dan diteruskan dengan sesi saringan kesihatan ( mengetahuai tekanan darah, semak kadar gula dalam darah dan juga pemeriksaan BMI) bersama para peserta Komuniti Madani yang hadir. Seterusnya sesi disambung dengan taklimat keselamatan siber dari petugas NADI Piasau Utara.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: