PENDAFTARAN MYDIGITAL ID KEPADA KOMUNITI MADANI NADI PIASAU UTARA
18 Mei 2025 | Aktiviti TerkiniPada 17/05/2025 bersamaan dengan hari Sabtu, petugas NADI Piasau telah membantu komuniti untuk mengesahkan identiti pengguna secara digital bagi memudahkan akses kepada perkhidmatan kerajaan dan urusan dalam talian dengan lebih selamat dan terjamin. Aktiviti Petugas mendaftar Mydigital Id pengguna melalui kiosk Mydigital Id. Petugas NADI juga memberi taklimat ringkas kelebihan ID digital ini bagi rakyat Malaysia dimana inisiatif ini adalah untuk pengesahan diri yang tepat dan dipercayai, menghapuskan pertindihan data identiti, kurangkan risiko penipuan identiti atas talian, kemudahan log masuk tunggal untuk pelbagai aplikasi selamat, pantas dan mudah bagi tujuan transaksi atas talian serta memudahkan akses perkhidmatan kerajaan di atas talian seperti (JPJ, PDRM, JPN, SPRM dan LHDN).
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: