MAHIR MASAK KELAS EKSKLUSIF: PISTACHIO KUNAFA BROWNIES
26 Mei 2025 | Aktiviti TerkiniPada 25/05/2025 bersamaan dengan hari Ahad, telah berlangsung kelas Short Learning Series Masak. Topik yang dipelajari oleh peserta adalah mempelajari cara buat Pistachio Kunafa Brownies gabungan kunafa rangup dan brownies coklat moist dengan taburan pistachio mewah. Sesuai untuk jualan premium atau hidangan istimewa keluarga. Peserta akan diajar teknik mudah dari penyediaan bahan hingga tips pembungkusan. Kelas ini serentak melalui webinar dan disertai oleh semua peserta di seluruh NADI Malaysia. Tidak lupa juga NADI Piasau mempunyai 5 peserta wanita yang tergolong dari suri rumah menyertai kelas ini. Kelas ini bermula pada jam 9.30 pagi dan selesai pada jam 11.30 pagi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: