Inisiatif Kerajaan: Program Sesi Interaktif Bersama Komuniti X Nadi Penggunaan Ai: Lebih Memberi Impak Baik Atau Buruk?
20 Ogos 2026 | Aktiviti TerkiniPada hari Rabu 19 Ogos 2026, telah berlangsung program sesi Interaktif Bersama Komuniti x NADI di NADI Piasau Utara. Program ini dianjurkan Bersama-sama pihak dari Jabatan Penerangan Bahagian Miri dan juga juga disertai oleh komuniti dibahagian Dun N.74 Pujut.
Objektif Program
1. Meningkatkan kefahaman komuniti mengenai konsep, fungsi dan penggunaan Kecerdasan Buatan (AI) dalam kehidupan seharian.
2. Membincangkan manfaat dan risiko AI secara seimbang agar komuniti dapat memahami kesan positif serta cabaran yang mungkin timbul daripada penggunaan teknologi AI.
3. Menggalakkan penggunaan AI secara beretika, selamat dan bertanggungjawab, khususnya dalam aspek privasi, keselamatan maklumat dan penyebaran maklumat yang sahih.
4. Mewujudkan ruang interaksi dan perkongsian pengalaman dalam kalangan komuniti berkaitan penggunaan AI untuk pembelajaran, pekerjaan, perniagaan dan urusan harian.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: