Nadi X Keusahawan: Nadipreneur Live Webinar Bina Empayar Perniagaan
25 September 2026 | Aktiviti TerkiniPada 24/09/2026 hari Khamis. webinar ini memberi pendedahan kepada peserta tentang cara Membina dan mengembangkan perniagaan secara terancang sehingga mampu berkembang menjadi sebuah empayar perniagaan. peserta diperkenalkan kepada asas penting seperti membina visi perniagaan, mengenal pasti peluang pasaran, memahami keperluan pelanggan serta membentuk strategi yang sesuai untuk memastikan perniagaan dapat berkembang secara berterusan.
Selain itu, peserta akan mempelajari kepentingan penjenamaan, pemasaran, pengurusan kewangan, operasi perniagaan dan penggunaan teknologi digital dalam mengembangkan perniagaan. strategi seperti pemasaran media sosial, pembinaan komuniti pelanggan, pengurusan pasukan serta penggunaan platform digital turut dapat membantu usahawan meningkatkan kecekapan dan mencapai pasaran yang lebih luas.
Melalui webinar ini, peserta diharapkan dapat membina pemikiran keusahawanan yang lebih strategik serta merancang langkah untuk mengembangkan perniagaan daripada skala kecil kepada perniagaan yang lebih kukuh dan tersusun. pengetahuan yang diperoleh dapat membantu peserta mengenal pasti peluang baharu, mengurus sumber dengan lebih baik dan membina perniagaan yang mampu berkembang dalam jangka panjang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: